CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Pensyarah 'Backup' Teknik Nyanyian Naim Daniel

24-1-2023 07:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1739| Komen: 12

Description: Dendangan lagu Jampi dengan genre keroncong dibawa penyanyi, Naim Daniel dan sepupunya, Sissy Imann pada konsert minggu keenam program realiti, Famili Duo disiarkan di TV3, kelmarin adalah tepat.Perka ...
Dendangan lagu Jampi dengan genre keroncong dibawa penyanyi, Naim Daniel dan sepupunya, Sissy Imann pada konsert minggu keenam program realiti, Famili Duo disiarkan di TV3, kelmarin adalah tepat.

Perkara itu dimaklumkan bekas pensyarah muzik dikenali sebagai Zakey Javis menerusi entri dalam laman sosial, Twitter miliknya.


Media Hiburan

Zakey berkata, nyanyian Naim pada malam konsert berkenaan jelas menggunakan teknik irama Melayu yang tepat iaitu ngandul dan cengkok.

"Sebagai salah seorang bekas pensyarah mengajar dua kelas keroncong yang Naim pernah hadiri (Malaysia Music IV dan Performing Group).

"Saya merumuskan gaya nyanyian keroncong Naim jelas penggunaan teknik ngandul dan cengkok semasa persembahannya," tulisnya.

Sementara itu, Naim yang juga juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 pada 2020 menerusi lagu Sumpah turut memberi reaksi terhadap kenyataan gurunya itu dengan mengucapkan terima kasih.


"Certified (disahkan). Terima kasih cikgu," tulis Naim ringkas.



Kelmarin, Naim bersama Sissy menerima kritikan pedas daripada juri program, Mas Idayu susulan nyanyian mereka dikatakan gagal menambat hati juri.

Lantaran itu, Sissy dilihat mengalirkan air mata atas pentas sebelum menyatakan kekecewaan dengan membatalkan perancangan untuk mengadakan majlis pelancaran album sulungnya secara besar-besaran.

Bagaimanapun, Mas menyifatkan apa yang dilakukan atas dasar tanggungjawab terhadap amanah diberikan oleh produksi, malah menjadi hasratnya melihat pasangan sepupu itu lebih berjaya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 25-1-2023 09:47 AM
hahahahaaa.... ternyata poyooo ko kan acikk mummiaaaa...
Quote akuHavocczz 25-1-2023 09:52 AM
Naim mmg nyanyi sedap. Yang tak sedap sissy imann
Quote anilanil 25-1-2023 09:59 AM
Pensyarah tu verify teknik nyanyian sissy gak ke? Nyanyian sissy tu ingatkan aku nyanyian nuha masa rancangan apetah yg nyanyi syok sendiri tu. Btw sissy tu better la drpd ciknab.
Quote alien88 25-1-2023 10:52 AM
please verify sekali teknik nyanyian Sissy
sbb bg iolls yg sllu tgk GV, BS, sheols nyanyi tak sedap
Quote lasagna 25-1-2023 11:12 AM
anilanil replied at 25-1-2023 09:59 AM
Pensyarah tu verify teknik nyanyian sissy gak ke? Nyanyian sissy tu ingatkan aku nyanyian nuha masa  ...

tak laa, Naim saje. kot ada mesti dia mentioned nama sissy skali, ni hanya Naim sajorkkk..
Quote doubleharmonic 25-1-2023 11:23 AM
anilanil replied at 25-1-2023 09:59 AM
Pensyarah tu verify teknik nyanyian sissy gak ke? Nyanyian sissy tu ingatkan aku nyanyian nuha masa  ...

iol pulak teringat kat nyanyian puad kelindan yang gegeh serakkan suara konon nak bunyi rock bagai tapi hujung2 syok sendiri jah yang keluar bunyi meneran cam orang tahan berak kohkohkohhhh

Quote Sagiez 25-1-2023 11:54 AM
Alahai Naim pun..takyah la duk reply cenggitu dah tau partner ko tgh berduka lara. especially bila org tu cuma puji ko tanpa mention sorg lagi. Seolah nak tunjuk yg bagi pihak ko, ko dah buat perfect, tapi si Sissy tu je yg mencacatkan persembahan. Dan makian/kritikan mummy tu khas utk Sissy semata2, ko tak termasuk sekali.

Persembahan kumpulan ni sama2 take accountability..walaupun mmg ada sorg ahli yg bikin spoil, kalau betul teamwork takyah la nak tunjuk kat dunia dia je yg salah, ko je yg betul.
Quote talapia 25-1-2023 12:05 PM
Sagiez replied at 25-1-2023 11:54 AM
Alahai Naim pun..takyah la duk reply cenggitu dah tau partner ko tgh berduka lara. especially bila o ...

takla.. aku rasa dia rasa dorang dah bagi yg terbaik.. tak patut dpt komen sebegi tu dr mommy.. tu yg dia rasa puas bila lecturer dia backup teknik nyanyian dah betul.. takde lak lecturer tu kutuk sissy pon.. generally dorang ok la tu pada dia..
Quote Burong_Hantuk 25-1-2023 12:14 PM
Sissy???who are yussss????
Quote kisahkeaku 25-1-2023 01:32 PM
sissy tu ada master in music ape benda x silap.suara dia mmg mcmtu,kena paham x semua penyanyi blh masuk dgn semua genre lagu.ok laa dia nyanyi x meleweh2.
Quote kepompong 25-1-2023 04:00 PM
doubleharmonic replied at 25-1-2023 11:23 AM
iol pulak teringat kat nyanyian puad kelindan yang gegeh serakkan suara konon nak bunyi rock bagai ...

org meneran utk bagi lawas kan… bagi tianje keluar laju2…  tak pernah pulak i dengar org meneran nak tahan berak
Quote Body_language 25-1-2023 06:38 PM
Yg kene keji Sissy. Tp yg dibacking Naim.


Keroncong ni asalnya music portugese, Fado. A mix opera. So Sissy Iman tu buat bende betul tp Soprano dia x sedap. Mcm x lepas. Kalau dia ikut style keroncong Indon landasannya dah betul tp execution sissy fail.

Now di Malaysia, yg popular adalah keroncong Johor aka keroncong Melayu sbb keroncong indon dibawak ke Malaysia melalui johor oleh sultan Johor. Sultan Johor suruh tukar nyanyian keroncong indon ke arah Melayu. Sbb tu lagu keroncong2 Melayu semua lembut2 mcm Sayang Di Sayang, Kenang Daku Dalam Doamu,  Selamat Tinggal Bungaku.

Lihat semua komen(12)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2023 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.292884 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top