CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bakar Rumah Mentua, Langgar Bekas Isteri Kerana Tak Nak Jumpa

24-1-2023 08:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 424| Komen: 2

Description: Berang bekas isteri enggan berjumpa, lelaki di Texas, Amerika Syarikat (AS) tergamak membakar rumah keluarga wanita itu untuk memaksanya keluar.Dia juga melanggar wanita itu ketika mangsa keluar dari ...
Berang bekas isteri enggan berjumpa, lelaki di Texas, Amerika Syarikat (AS) tergamak membakar rumah keluarga wanita itu untuk memaksanya keluar.

Dia juga melanggar wanita itu ketika mangsa keluar dari kediaman berkenaan.



FOX 26 Houston

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Ahad minggu lalu, lelaki dikenali Pablo Patino-Bustos dikatakan ke rumah mentuanya untuk berjumpa bekas isterinya.

Polis berkata, suspek bertindak membakar rumah berkenaan untuk memaksa bekas isterinya keluar.

Suspek kemudian melanggar wanita itu dengan kereta ketika mangsa melarikan diri dari rumah yang terbakar itu.

Fox News melaporkan, abang mangsa, Logan Saldana, 23, mendengar jeritan kakaknya ketika dia sedang cuba memadamkan kebakaran.

"Saya mendengar kakak bertanya apa yang berlaku sebelum suspek memandu pergi.

"Saya mendengar bunyi deruman kereta suspek yang membuat pusingan dan berpatah balik lalu melanggar kakak sebelum (dia) melarikan diri," katanya.



FOX 26 Houston

Susulan kejadian itu, wanita terbabit yang cedera membuat laporan polis dan suspek berjaya ditahan di rumahnya, dua hari kemudian.

Polis berkata, suspek yang bersenjata api berjaya ditahan oleh pasukan SWAT bersenjata.

Konstabel Mark Herman berkata, suspek kini ditahan di Penjara Harris County atas dakwaan ancaman keganasan dan pembakaran.

Katanya, suspek dikenakan jaminan berjumlah AS$4,500,000 (kira-kira RM19 juta) oleh mahkamah daerah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aienul 24-1-2023 08:41 PM
Mahal harga ikat jamin, macam takde harapan  je tu
Quote Abc246 25-1-2023 08:53 PM
Apa la kejam sangat dia ni. Heartless

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2023 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.071701 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top