CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Wanita Dipercayai Sakit Mental Dipukul, Dibakar Hidup-hidup Lepas Dituduh Culik Budak

24-1-2023 08:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 896| Komen: 18

Description: Seorang wanita di wilayah Papua, Indonesia dibakar hidup-hidup oleh orang ramai selepas dia dituduh menculik kanak-kanak, lapor laman berita Suara.com.Kejadian berlaku di Kota Sorong, Papua Barat Daya ...
Seorang wanita di wilayah Papua, Indonesia dibakar hidup-hidup oleh orang ramai selepas dia dituduh menculik kanak-kanak, lapor laman berita Suara.com.

Kejadian berlaku di Kota Sorong, Papua Barat Daya pada pukul 7 pagi (waktu tempatan) hari ini.



Mangsa dipukul sebelum dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan penduduk. - Instagram

Video kejadian dirakam oleh penduduk menggunakan telefon bimbit.

Wanita pertengahan umur yang dikatakan mengalami gangguan mental itu dituduh sebagai pelaku penculikan kanak-kanak. 

Ketika kejadian, sekumpulan penduduk berkumpul dan memukul wanita itu sehingga cedera. 

Mereka kemudian membuka pakaian mangsa dan menyimbah minyak petrol ke seluruh badannya sebelum bertindak membaling api.

Beberapa penduduk yang berada di sekitar lokasi kejadian cuba membantu mangsa dengan mencurah air bagi memadamkan api yang marak pada badan mangsa.


Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sele Be Solu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia selepas 90 peratus badannya  melecur. 


Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote felinecat 24-1-2023 11:01 PM
Ntah2 yg beria nak bako perempuan tu sebenarnya pernah rogol mangsa x, sbb tu beria
Quote primarikey 24-1-2023 11:02 PM
Kejamnya
Tak terbayang kesakitan yg dia alami
Quote intan244 24-1-2023 11:08 PM
papua first time keluaq article.
Quote PanadolExtend 24-1-2023 11:27 PM
Kegilaan apakah ini
Quote -Suri- 25-1-2023 04:41 AM
Kejamnyaaa, depa tak siasat dulu ke
Quote Suchi 25-1-2023 06:23 AM
Mcm kembali ke zaman lampau,sikit2 bako org.
Dedulu suka bakar org yg disyaki amalkan ilmu sihir bagai.
Takde nak lalui proses timbang tara dah terus jaa bakar.

Quote nurul_akmar 25-1-2023 08:26 AM
yg bakar pon sama mental
Quote myakayina 25-1-2023 08:28 AM
gila..buat undang2 sendiri..
Quote gideoncross 25-1-2023 10:33 AM
primarikey replied at 24-1-2023 11:02 PM
Kejamnya
Tak terbayang kesakitan yg dia alami

"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sele Be Solu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia selepas 90 peratus badannya melecur".

Aiol plak pling seram bca yg last line ni, 90% bdan mngsa dh trbakar. Msti sakit x trkta.
Quote gideoncross 25-1-2023 10:35 AM
myakayina replied at 25-1-2023 08:28 AM
gila..buat undang2 sendiri..

Aiol dlu prnh trbca psl kes curi kat Msjid, bca kat FB klau x silap. Org2 Msjid or jemaah yg pukul c pncuri smpai c pncuri tu mninggal dunia. Gilos, ya mmg btul mncuri tu slah tpi knpa x d hntr ke blai polis je? Ni d blasah smpai mninggal dunia, x psl2 org2 Msjid or jemaah dh jdi pmbunuh.
Quote gideoncross 25-1-2023 10:36 AM
primarikey replied at 24-1-2023 11:02 PM
Kejamnya
Tak terbayang kesakitan yg dia alami

90% dh trbakar, msti sakit gila, sdgkn bila kita mmasak & tgn kita trkna percikan minyak msak pnas pun kita dh "Ouch!", ni kn lgi d bakar hidup2.
Quote gideoncross 25-1-2023 10:37 AM
felinecat replied at 24-1-2023 11:01 PM
Ntah2 yg beria nak bako perempuan tu sebenarnya pernah rogol mangsa x, sbb tu beria

Yg ni iol stuju, klau xde hal, xkn lh c plaku beria2 nak mmbunuh c mngsa?
Quote primarikey 25-1-2023 10:43 AM
gideoncross replied at 25-1-2023 10:36 AM
90% dh trbakar, msti sakit gila, sdgkn bila kita mmasak & tgn kita trkna percikan minyak msak pnas ...

Tu la
Pdhl dorg pn tau yg pompuan tu sakit mental
Xde hati perut
Quote primarikey 25-1-2023 10:45 AM
gideoncross replied at 25-1-2023 10:33 AM
"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sele Be Solu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meni ...

Bayangkn la mcmane dia menggelupur masa terbakar tu...ya Allah...kesiannya
Quote venom1 25-1-2023 11:13 AM
kita bako orang yang mambako tu
Quote myakayina 25-1-2023 11:43 AM
gideoncross replied at 25-1-2023 10:35 AM
Aiol dlu prnh trbca psl kes curi kat Msjid, bca kat FB klau x silap. Org2 Msjid or jemaah yg pukul ...

nama je kaki masjid..sia2 je pahala dtg solat jemaah bagai..ujung2 jadi pembunuh..
Quote Abc246 25-1-2023 08:51 PM
Kalau la tak betul dakwaan tu, kesian wanita tu. Sampai nya hati
Quote namieamuro 25-1-2023 09:07 PM
kejam nye. siap p koyakkan baju mangse sblm bakar. setan btl perangai.

so bdk yg katenye diculik tu mane?

Lihat semua komen(18)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2023 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.198657 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top