CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Anjing Tembak Mati Tuan Ketika Keluar Memburu

25-1-2023 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 482| Komen: 6

Description: Seekor anjing menembak dan membunuh seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) hujung minggu lalu.Menurut polis negeri Kansas, ketika kejadian, mangsa dan anjing berkenaan keluar untuk memburu.Haiwan ber ...
Seekor anjing menembak dan membunuh seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) hujung minggu lalu.

Menurut polis negeri Kansas, ketika kejadian, mangsa dan anjing berkenaan keluar untuk memburu.


Haiwan berkenaan memijak sepucuk senjata api yang diletakkan di tempat duduk belakang sebuah trak pikap.


SEORANG lelaki memburu bersama anjing peliharaannya. – AFP

Perbuatan itu menyebabkan raifal tersebut melepaskan tembakan lalu menembusi belakang mangsa di tempat duduk penumpang hadapan. 

“Seekor anjing milik pemilik trak pikap itu memijak raifal yang dibawa, menyebabkan tembakan dilepaskan. Tembakan  mengenai penumpang tersebut dengan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan masih berjalan tetapi siasatan awal mendapati kes ini berkaitan dengan kemalangan semasa memburu,” kata Pejabat Syerif Daerah Summer dalam satu kenyataan.


Polis tidak mendedahkan sama ada lelaki berusia 30 tahun yang meninggal dunia merupakan pemilik anjing tersebut.

Kemalangan melibatkan senjata api menjadi perkara biasa di AS. Negara itu memiliki lebih banyak senjata api berbanding penduduknya. Menurut data  Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, lebih 500 orang meninggal dunia dalam kemalangan senjata api dalam tahun 2021. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RinIna 25-1-2023 12:10 PM
Cerdik plak anjing tu boleh guna senapang.. kalau TERR tu bolehla caya.. hahaha
Quote mejaputih 25-1-2023 12:13 PM
tp mcm semudah itu utk trigger ke? biasa memburu pki senapang patah kan?
Quote ctaz 25-1-2023 12:22 PM
mejaputih replied at 25-1-2023 12:13 PM
tp mcm semudah itu utk trigger ke? biasa memburu pki senapang patah kan?

mungkin tuan senapang tu tertarik 'hammer'  yg ada kat belakang setiap senjata api....
bila terhempas...atau terketuk...automatik hammer tu tertrigger....


itu lah Ajal....dtg dlm berbagai cara....
Quote mejaputih 25-1-2023 12:24 PM
ctaz replied at 25-1-2023 12:22 PM
mungkin tuan senapang tu tertarik 'hammer'  yg ada kat belakang setiap senjata api....
bila terhem ...

itu la dgn cara yg tidak disangka...
Quote plywood 25-1-2023 12:28 PM
dia dah masukkan peluru kedalam senapang dan bawa dalam kereta... ada kemungkinanlah senapang itu meletuslah bila ada kesilapan
Quote orangbiasaje 25-1-2023 10:51 PM
Negara yang membenarkan penggunaan pistol, dan penuh kisah macam ni (selain school shooting). Itupun masih ramai tak setuju to enforce gun control.

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2023 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.091635 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top