CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Diva AA Pernah Diugut Dengan Pisau Gertak Penyerang - 'Kau Dah Kenapa?'

17-3-2023 09:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10552| Komen: 6

Description: Selepas insiden menimpa pelakon Kamal Adli yang cedera diserang seorang lelaki di sebuah ekspo di Singapura, Ahad lalu, Azwan Ali membuat pendedahan dia pernah diugut dengan diacukan sebilah pisau ole ...
Selepas insiden menimpa pelakon Kamal Adli yang cedera diserang seorang lelaki di sebuah ekspo di Singapura, Ahad lalu, Azwan Ali membuat pendedahan dia pernah diugut dengan diacukan sebilah pisau oleh seorang individu.


Pengacara kontroversi yang mesra disapa Diva AA itu berkata, insiden tersebut berlaku ketika zaman kemuncaknya bergelar pengacara.


Utusan

“Saya tak ingat tahun bila, tapi kejadian itu sudah lama berlaku. Masa itu lepas habis buat persembahan atas pentas, tiba-tiba ada individu acukan pisau.

“Saya gertak balik kau dah kenapa? Nak buat apa dengan pisau itu? Mujur tiada apa-apa kejadian buruk berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya insiden itu menyebabkan dia trauma atau takut keluar bersendirian, Azwan berkata, dia sentiasa berserah pada Allah SWT.

“Saya yakin Allah SWT dan malaikat sentiasa melindungi kita. Jadi, bila kita sudah meletakkan kebergantungan tinggi, tiada apa yang perlu dirisaukan,” katanya.


Azwan yang sinonim dengan ayat see my level mengulas insiden serangan yang berlaku terhadap pelakon, Kamal Adli di sebuah ekspo di Singapura, Ahad lalu.

Dalam insiden itu, Kamal diserang dengan cota besi bertubi-tubi sehingga berlaku pendarahan di bahagian belakang kepala.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 18-3-2023 02:46 AM
fonen mana tu berani sgt hunus pisau dkt diva? dia keluarkan pedang dia baru uols tau.
Quote eely_shana 18-3-2023 10:42 AM
Ugut pulak dah
Quote nakkomenjugak 18-3-2023 07:47 PM
ko tunjuk jeeee hutan amazon ko tu dibahhh
komfem larikkk
Quote cikgojesss 18-3-2023 07:50 PM
dia kasi pisau suruh kau potong bawang masak rendang je deknonn.. feelingg
Quote sleepandream 18-3-2023 08:00 PM
yo yo ooo jeee diva ni...
bukan siti ke dulu yg keluar berita ada org acu pisau lepas sheols abis show...
ke diva feeling2 siti masatu

Quote eely_shana 18-3-2023 09:28 PM
Jual rendang lagi tak?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-3-2023 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.072757 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top