CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Ezad Lazim Hidup Lagi Lah! Penat Jawab Dakwaan Dah Meninggal Dunia

17-3-2023 10:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10533| Komen: 3

Description: Ezad Lazim terkejut dan kesal dengan berita palsu tentang kematiannya sejak Khamis di media sosial.Ezad atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 44, berkata, meskipun ini bukan kali pertama perkara serupa berla ...
Ezad Lazim terkejut dan kesal dengan berita palsu tentang kematiannya sejak Khamis di media sosial.

Ezad atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 44, berkata, meskipun ini bukan kali pertama perkara serupa berlaku, namun dia tidak menyangka ada pihak sanggup menyebarkan fitnah ketika dia masih sihat.



IG

"Sebelum ini pun sudah ada terjadi perkara sama tapi ketika itu memang saya sedang sakit di hospital. Kali ini tiada pun berita sakit tiba-tiba saya dikhabarkan meninggal dunia.

"Saya pun tak faham kenapa masih ada yang sanggup buat begini. Apa paling pelik, tajuk yang ditulis tidak sama seperti cerita disampaikan.

"Dalam artikel berkenaan memberitahu adik saya meninggal dunia sedangkan arwah sudah lama telah tiada," katanya kepada mStar.

Menurutnya, dia hanya mengetahui mengenai berita palsu itu selepas menerima tangkap layar daripada seorang rakan.


Penyanyi itu pada mulanya hanya mahu mengabaikan perkara tersebut, namun terpaksa menjawab pertanyaan ramai yang menghubunginya untuk pengesahan.



"Dalam kalangan orang terdekat memanglah tahu keadaan sebenar sebab mereka nampak saya post perkara lain di sosial media.

"Apa yang menjadi kerisauan adalah saudara-mara jauh yang banyak menghubungi bertanyakan hal ini.

"Bagaimanapun ada peminat muda yang menghantar mesej di sosial media memohon maaf selepas diulang siar semula berita tersebut,” jelasnya.

Sementara itu Ezad berharap pihak terbabit tidak lagi mengulangi perkara sama terutama hal berkaitan nyawa seseorang yang boleh mengundang salah faham.

"Dah banyak kali jadi macam ini dan ramai sudah berkongsi nasihat. Masih lagi terjadi perkara sama. Janganlah kongsi kalau tak sahih," jelasnya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 17-3-2023 10:22 PM
report dekat MCMC website haramjadah tuuuu
Quote eely_shana 18-3-2023 10:49 AM
Suka2 buat fitnah
Quote habisnamadahni 18-3-2023 09:22 PM
mende la statement mcm tu...nk jd terpaling reputzz ke apa

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-3-2023 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.113995 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top