"Ini bukan pesta saling membuka aib masing-masing," kata Syamsul Yusof mengenai kemelut rumah tangganya dengan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana yang berpanjangan hampir lima tahun.
Syamsul ketika ditemui berkata, dia memohon supaya isterinya itu berhenti menabur fitnah mengenai dakwaan pernah memukulnya pada 2020. "Kalau tak suka saya, kenapa sampai tahap perlu memfitnah saya memukulnya. Jangan buat cerita fitnah yang tidak benar walaupun membenci saya sekali pun. Saya ada menghubungi dan beritahu 'sampai hati awak buat saya macam ini'. "Dan cerita di sebalik memukul itu pun ada kisahnya dan kalau boleh saya tidak mahu ulas perkara itu lebih panjang. "Bagi saya, yang sudah itu sudahlah. Saya boleh maafkan dia. Kalau ada ruang untuk berbaik, ayuh kita berbincang," katanya. Ditanya adakah dia mempunyai bukti kukuh apabila mendakwa isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang juga berstatus suami orang hingga nekad memfailkan permohonan nusyuz Selasa lalu, Syamsul berkata, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut.
"Hal itu saya tak boleh cerita lagi. Saya tak mahu main 'game' fitnah di sini. Saya enggan bercakap benda yang tidak sepatutnya di sini. "Saya sendiri pun malu nak bercakap mengenai perkara itu kerana ia membabitkan aib rumah tangga. Jadi apapun tunggu proses perbicaraan nanti," katanya. Dalam pada itu, Syamsul turut menafikan dakwaan mengabaikan isteri pertamanya sepanjang empat tahun berdepan konflik rumah tangga. "Apabila ada yang mengatakan saya mengabaikan dia selama empat tahun, semua itu tak betul. Bila saya abaikan dia? "Adakah satu pengabaian kepada isteri kalau nafkah saya masih bagi, sediakan tempat tinggal dan jaga makan serta minumnya. Bukannya saya halau dia keluar rumah, tetapi dia yang keluar rumah. "Orang tanya kenapa saya tak nak ceraikan dia empat tahun lalu? Jawapan saya mudah saja kerana saya tidak mengabaikannya. "Anda pun boleh tanya soalan sama kepada dia, kenapa tak minta cerai empat tahun dulu? Kenapa selepas saya berkahwin dan berpoligami baru nak bercerai, sebab masing-masing ada simpan perasaan sayang lagi," katanya. Terdahulu proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan pasangan ini di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, hari ini, gagal mencari jalan penyelesaian apabila Puteri Sarah tetap dengan keputusan untuk bercerai. Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu. Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini. Dalam masa sama, Syamsul turut memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac lalu. Antara alasan yang dikemukakan Syamsul atas tuntutan nusyuz itu adalah mendakwa isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah. Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. -CARI Sumber: Harian Metro
|
alieyrina replied at 24-3-2023 04:34 PM
Allahu.. patutkah aku bukak puasa saja pukul 4.30 ni
dudaberhias replied at 24-3-2023 08:39 AM
diam lah gigi palsu oiii... semoga masa pagi2 ko nak tepek polident sebelum pergi mahkamah tu semoga ...
kepompong replied at 24-3-2023 08:51 AM
i ada kawan kena pukul dgn hb , pastu mengadu kat kwn dorang yg psychiatrist, Dr tu kata normal je l ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
1-10-2023 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.118852 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.