CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Farid Kamil Akan Pastikan Dapat Bawa Muhammad Tengok Wayang Cerita Anwar: The Untold Story

25-5-2023 06:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 177| Komen: 2

Description: Farid Kamil, 42, memberitahu anak sulungnya, Muhammad, 10, tidak sabar menonton lakonannya sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem Anwar: The Untold Story.
Farid Kamil, 42, memberitahu anak sulungnya, Muhammad, 10, tidak sabar menonton lakonannya sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem Anwar: The Untold Story.

Menurutnya Muhammad teruja dengan pembabitannya dalam filem yang memaparkan ranjau perjuangan Anwar dalam arena politik tanah air itu.


Foto: IG

Biarpun perlu mengikut prosedur ditetapkan mahkamah, iaitu menghantar surat lima hari sebelum tarikh bertemu anak-anak, Farid mahu memastikan impian Muhammad menonton filem Anwar: The Untold Story tercapai.

"Muhammad selalu bertanya kepada saya bila filem Anwar: The Untold Story akan ditayangkan.



"Tetapi, untuk bawa anak-anak ke pawagam, saya perlu kemukakan surat kepada peguam isteri, Diana Danielle.

"Setakat ini, peguam saya sudah hantar surat untuk mendapatkan persetujuan isteri. Kalau ada rezeki, saya akan pastikan Muhammad dapat menonton filem Anwar: The Untold Story," katanya kepada Berita Harian.



Ditanya sama ada sudah bertemu Muhammad dan Aurora, 8, Farid berkata, dia dapat meluangkan masa dengan mereka selama empat hari, baru-baru ini.

"Saya dapat berjumpa Aurora sebanyak dua kali dan Muhammad empat kali. Setakat ini, saya dapat luangkan masa selama empat hari. Itu pun selepas yang diberitakan mengenai isu anak trauma," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 25-5-2023 07:24 PM
tak payah tengok lah... dah serhoper apooo jah ayah ko...
tak habis2 dengan kacipnya tu... baik ko tengok the little mermaid tapi mermaidnya black tu...

Quote rosedemon 26-5-2023 09:13 AM
ko tau x apak ko kacip che mad oiiii

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-5-2023 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.067018 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top