CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Salute Tengok 2 Wanita Jadi Pemandu, Kelindan Lori Kontena! - "Peduli Apa Orang Kata, Ini Kerja Halal!"

25-5-2023 06:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 201| Komen: 2

Description: Kagum melihat dua wanita tersenyum walaupun mengendalikan lori kontena yang kebiasaannya dilakukan golongan lelaki.Bercakap kepada mStar, salah seorang daripada mereka, Fatima Zahara Nor Azman berkata ...
Kagum melihat dua wanita tersenyum walaupun mengendalikan lori kontena yang kebiasaannya dilakukan golongan lelaki.

Bercakap kepada mStar, salah seorang daripada mereka, Fatima Zahara Nor Azman berkata, dia menjalankan tugas sebagai kelindan iaitu pembantu kepada sepupunya, Amira Fatihah Khairudin, 26, yang merupakan pemandu kenderaan berat berkenaan.




Wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, walau baru dua bulan bekerja sebagai kelindan, dia tidak kekok melakukan tugas berkenaan.

"Treler atau lori kontena ni memang setiap hari hantar barang ke destinasi. Kebiasaannya kami hantar bekalan tayar, minyak pelincir dan barangan elektrik.

"Sebagai kelindan, antara tumpuan saya adalah melihat titik buta bagi mengelakkan daripada sebarang kenderaan sepanjang perjalanan," katanya ketika dihubungi.


mStar

Lebih mesra disapa Tyma, katanya, tentunya terdapat cabaran apabila wanita menggalas tugas sebagai kelindan atau pembantu kepada pemandu lori atau treler.

"Tak banyak pemandu lori atau treler wanita. Kalau ada pun, kebiasaannya kelindan mereka adalah lelaki. Tapi kami dua-dua wanita bergabung!" ujar anak kelahiran Taiping, Perak itu.

Walaupun kebanyakan barang diangkat dan dikeluarkan oleh petugas, namun Tyma yang dibesarkan di Nilai, Negeri Sembilan tetap berdepan cabaran untuk membuka pintu kontena.


mStar

"Buka dan tutup pintu kontena bukan mudah, sangat berat sebenarnya. Ada yang saya lakukan sendiri, dan saya akan minta bantuan sepupu sekiranya terlalu berat.

"Kalau ada forklift lebih senang kerja kalau di tempat tinggi. Tapi tolak, buka tutup pintu kontena bukan masa keluarkan barang je, pemeriksaan sekuriti pun kena buka dan masa ni tak ada orang nak bantu, apatah lagi forklift,” katanya.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, mereka juga perlu membiasakan diri untuk bergaul dengan pemandu dan kelindan lori serta treler yang mana majoritinya adalah lelaki.

Berpengalaman bekerja sebagai kerani di pejabat dan kemudian membantu ibunya membuat kuih dari rumah, Tyma tidak menyesal berhujan berpanas mencari rezeki di luar.

"Saya pernah menganggur selama lebih setahun. Bukan senang nak cari kerja sekarang, walau kerja berat dan macam tak sesuai untuk wanita, ia tetap sumber rezeki saya.

"Pekerjaan ini menjadi keperluan untuk sara hidup, tak kisah kena berpanas atau berhujan dan bukan kerja dalam pejabat ada aircond," katanya sambil menambah dia dan sepupu sering berkaraoke sepanjang perjalanan menghantar barang ke destinasi.


mStar

Selain itu, Tyma juga tidak mengambil peduli terhadap tanggapan segelintir pihak terhadap peranannya sebagai kelindan yang tidak mempunyai lesen kenderaan perdagangan.

"Kerja sebagai kelindan ni bukannya hina. Saya pernah diperli ingatkan saya boleh memandu, dan hanya sangka tugas kelindan hanya tukang buka dan tutup pintu kontena.

"Sebenarnya peranan kelindan banyak membantu pemandu sepanjang menjalankan tugas dan tanggungjawab buat syarikat dan pelanggan.

"Saya tak ambil peduli apa kata orang. Saya cuma fikir ini adalah kerja halal. Kepada wanita yang dah ada lesen tu, kenapa tidak mencuba untuk memandu. Dan jadi kelindan pun ada fungsinya, yang penting ia adalah sumber rezeki untuk kita sara hidup," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 25-5-2023 06:50 PM
cumil betoi.. boleh start buat IF acikk sesambil bawak lori tu haaa
Quote sapeka 25-5-2023 08:28 PM
Betul tu
Yang penting rajin usaha cari rezeki

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-5-2023 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.071348 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top