CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

7 Wanita Ditahan Tawar Khidmat Seks Melalui WeChat

26-5-2023 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 129| Komen: 0

Description: Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka dalam serbuan di beberapa hotel 'tiga bintang' di Melaka Raya dan Kota Laksamana menahan tujuh wanita warga asing disyaki menawarkan khidm ...
Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka dalam serbuan di beberapa hotel 'tiga bintang' di Melaka Raya dan Kota Laksamana menahan tujuh wanita warga asing disyaki menawarkan khidmat seks.


Pengarahnya, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, serbuan Op Gegar itu dijalankan bermula jam 10 malam semalam hingga 2 pagi tadi susulan maklumat penawaran aktiviti pelacuran membabitkan wanita warga asing.


SEORANG wanita dipercayai cuba menyembunyikan diri ketika serbuan. FOTO Ihsan JIM

Menurutnya, maklumat diperoleh wanita warga asing ini dipercayai menawarkan khidmat seks melalui aplikasi WeChat dengan mengenakan bayaran antara RM230 hingga RM800 mengikut kepada pakej perkhidmatan ditawarkan.

"Tujuh wanita ditahan adalah dua warga Indonesia dan lima warga Thailand yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan melanggar syarat pas/permit yang dikeluarkan.


"Hasil serbuan kita turut merampas beberapa bungkusan kondom, minyak pelincir dan telefon bimbit disyaki digunakan bagi aktiviti tidak bermoral itu," katanya.

Anirwan Fauzee berkata, terdahulu dalam serbuan Op Mahir di sebuah kilang kitar semula di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari semalam pihaknya menahan 33 warga Myanmar, Bangladesh dan China.


ANTARA pekerja warga asing yang cuba melarikan diri ketika serbuan dijalankan. FOTO Ihsan JIM Melaka

Katanya, kilang berkenaan didapati bertutup rapat dan dikelilingi pagar zink dipercayai bagi mengelak aktiviti mereka disyaki menggaji pekerja warga asing secara haram, dihidu penguat kuasa.

"Ketika diserbu hampir semua 39 pekerja asing panik dan bertempiaran lari ke arah kawasan semak untuk mengelak ditahan.

"Malah ada yang sanggup memanjat tembok menyeberangi ke kilang bersebelahan kerana dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah hingga ada yang cedera di kaki akibat terpijak pagar zink.

"Hasil pemeriksaan lanjut 33 pekerja iaitu 31 lelaki dan dua wanita ditahan atas pelbagai kesalahan seperti masuk dan tinggal di Malaysia secara haram, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dan lain-lain kesalahan Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)," katanya.

Menurut Anirwan Fauzee, keseluruhannya 60 warga asing diperiksa dalam operasi terbabit yang dijalankan oleh tiga pegawai dan 20 anggota.

"Daripada jumlah itu 41 orang warga asing ditahan terdiri warganegara 23 warga Myanmar, Thailand (enam), China dan Indonesia masing-masing lima orang dan dua dari Bangladesh berusia 19 hingga 43 tahun.

"Pemilik kilang, pelanggan dan pengurus hotel turut dikeluarkan saman bagi membantu siasatan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-5-2023 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.064599 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top