CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lelaki Meluncur Bersama Ular Didenda RM7,011

18-9-2023 11:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10071| Komen: 9

Description: Melbourne Australia: Seorang lelaki di kawasan peranginan Gold Coast yang merakam dirinya meluncur di laut bersama ular peliharaan didenda oleh pihak berkuasa hidupan liar Australia. lapor Perbadanan ...
Melbourne Australia: Seorang lelaki di kawasan peranginan Gold Coast yang merakam dirinya meluncur di laut bersama ular peliharaan  didenda oleh pihak berkuasa hidupan liar Australia. lapor Perbadanan Penyiaran Britain(BBC) hari ini.


Higor Fiuza dan ular sawa karpetnya, Shiva menjadi selebriti tempatan awal bulan ini selepas video memaparkan dia dan reptilia itu meluncur bersama menjadi tular.


Namun, kemasyhuran tersebut tidak kekal lama berikutan  Higor mendapat perhatian pegawai-pegawai  perlindungan hidupan liar.

Pihak berkuasa  hidupan liar berkata, lelaki tersebut membahayakan Shiva dan melanggar permit memelihara ular itu dengan membawanya keluar di khalayak ramai.

Jabatan Alam Sekitar dan Sains Queensland berkata, pihaknya mula menyiasat peluncur itu selepas Fiuza muncul dalam media tempatan. Dia  didenda A$2,322 (RM7,011) pada Khamis lalu.


Membawa haiwan peliharaan asli seperti ular di khalayak ramai boleh menyebabkan binatang tersebut tertekan dan berkelakuan dengan cara yang tidak dapat diramalkan, kata pegawai hidupan liar, Jonathan McDonald dalam satu kenyataan. 


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ilacantik 18-9-2023 11:57 PM
Sah sah meols dah mamai. Mata meols baca lelaki melacur bersama ular. Baca 2 kali sambil gosok mata, oh meluncur.
Quote B40tastePosh 19-9-2023 05:34 AM
Tak suka ular
Quote Buritan 19-9-2023 07:17 AM
[quote]ilacantik: Sah sah meols dah mamai. Mata  ...[/quote
Hahahaha.
Quote Buritan 19-9-2023 07:17 AM
B40tastePosh replied at 19-9-2023 05:34 AM
Tak suka ular

Ulo tuu dpt kat aku mmg innalillahlaa..
Quote kepompong 19-9-2023 07:45 AM
kalau bela binatang berlesen ni kalau kita otstesen/vacay pastu nak bawa keluar dari premis kita letak rumah jiran (petsitting) pun kena apply kat jabatan perhilitan. Apetah lagi nak bawak pegi laut, & membahayakan binatang tu plak tu
Quote Sazreena 19-9-2023 03:25 PM
Bisa or not kalau dah namanya ular memang i kenot go.
Quote supernaturalee 19-9-2023 04:53 PM
sejenis batak viral
igtkn ummah meleis td

Quote eely_shana 20-9-2023 02:33 AM
Gelinya lahaiii
Quote slyfynx 20-9-2023 04:09 AM
ilacantik replied at 18-9-2023 11:57 PM
Sah sah meols dah mamai. Mata meols baca lelaki melacur bersama ular. Baca 2 kali sambil gosok mata, ...

Me too unfortunately.
Me  too

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-10-2023 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.109316 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top