CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Tak Senang Duduk, Rosyam Nor Tak Sangka Orang Masih Terima Jadi Hero

19-9-2023 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3553| Komen: 8

Description: Datuk Rosyam Nor tidak menyangka dengan penerimaan orang ramai terhadap dirinya yang masih menjadi hero di kaca televisyen.Malah, drama bersiri terbaru lakonannya, Jack Yusof menerima sambutan luar di ...
Datuk Rosyam Nor tidak menyangka dengan penerimaan orang ramai terhadap dirinya yang masih menjadi hero di kaca televisyen.

Malah, drama bersiri terbaru lakonannya, Jack Yusof menerima sambutan luar di luar negara.


Kata pelakon itu dengan bangga, drama terbitan Astro itu kini menjadi antara drama tempatan yang berjaya di di luar.


IG

“Alhamdulillah, Jack Yusoff menerima sambutan yang memberangsangkan walaupun sudah lebih 15 tahun saya tidak berlakon drama bersiri. Saya sendiri tidak menyangka peminat masih menerima lakonan saya.

“Drama ini bukan sahaja menerima sambutan yang baik dalam Malaysia, malah juga di luar negara. Ini terbukti selepas data Parrot Analytics menunjukkan Jack Yusoff  menjadi antara drama Malaysia yang menerima jumlah tontonan yang tinggi di Australia dan New Zealand.

“Perkara ini mengejutkan kerana saya sebelum ini khuatir sekiranya drama komedi ini tidak mendapat sambutan gara-gara hero yang diketengahkan adalah saya, seorang pelakon berusia. Tambahan pula, saya juga sudah lama tidak berlakon kerana memberi tumpuan kepada perniagaan,” katanya.


Drama arahah Wan Hasliza Wan Zainuddin yang menampilkan Raja Ema, Rashidi Ishak, Sarimah Ibrahim, Sharifah Husna dan ramai lagi mengisahkan tentang konflik dihadapi seorang bintang filem terkenal, Jack ketika diminta menjadi wali kepada anak perempuan yang ditinggalkan sejak bertahun lamanya.

“Industri drama dan perfileman tempatan menyaksikan kehadiran ramai hero-hero muda berbakat. Untuk penonton sekarang menerima kehadiran pelakon lama sebagai hero adalah sesuatu yang di luar jangkaan.

“Jujur cakap memang saya tak senang duduk memikirkan sambutan drama ini kerana saya sendiri sudah lama tak berlakon drama televisyen.

“Tapi hakikatnya ia menjadi. Ini semua berkat sokongan peminat dan media yang banyak menulis reaksi positif tentang drama ini. Terima kasih kerana masih terima saya sebagai hero,” katanya lagi.

Rosyam sendiri mengakui dia sebelum ini berehat sementara dari kerja lakonan dan mahu memberi tumpuan terhadap rangkaian perniagaan yang diusahakannya. 



Kata pelakon yang aktif sejak tahun 1986 ini, kini dia memutuskan untuk kembali aktif selepas lama merehatkan diri.

“Alhamdulillah, walaupun usia saya sudah memasuki lebih separuh abad, rezeki berlakon tak pernah putus. Saya masih lagi dalam proses menghabiskan penggambaran filem Original Gangster arahan Syamsul Yusoff.

“Dalam masa yang sama saya juga sedang mempertimbangkan tiga filem yang ditawarkan kepada saya baru-baru ini. 

“Saya berterima kasih kepada produser yang masih nampak kehadiran saya dalam industri ini. Selepas lama berehat, saya mahu aktif semula berlakon selain memberi tumpuan kepada produk Durian Belanda yang saya usahakan sekarang,” jelasnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 19-9-2023 12:04 PM
Bangga tul tok danish.

Quote pembacagosip 19-9-2023 12:06 PM
angkat bakul be like
danish pelajar kolej
boya
kegilaan gegirl
anak papa megah holding

Quote eizarz 19-9-2023 12:48 PM
ko sendiri yg mintak jadi hero….claim pulak org nk dia…bodo punya tua gayut
Quote yum3 19-9-2023 01:20 PM
hekkk eleeeh Danish  ni. ye ye oooo je lah ko ni.  Nextttt
Quote mizzmimi 19-9-2023 01:37 PM
Bangga nauuu jadik hero.. hero tua pon takpe.. Teringat dedulu kemain marah bila melodi tanya dia pasal orang kata dia hero tua.. tu pun dah 10 tahun lepas.. huhu..
Quote Perawankota 19-9-2023 01:51 PM
Tapi jack yusof ni memang lawak2 bodoh2 jer.. Terhibur jugak lah aku bila aku penat2
Quote Zeatyisaac 20-9-2023 09:57 AM
Perawankota replied at 19-9-2023 01:51 PM
Tapi jack yusof ni memang lawak2 bodoh2 jer.. Terhibur jugak lah aku bila aku penat2

Kan, I pun suka. Cuma anak dia tu macam tak sesuai pulak sebab terlalu English look.
Quote Burong_Hantuk 20-9-2023 09:59 AM
hero kertu!!!!

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-10-2023 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.074613 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top